Ayat pendinding mudah 3qul.

Assalammualaikum,
  Ayat pelindung mudah dengan 3 qul.walaupun ayatnya mudah dihafal dari kita mengaji muqadam lagi tapi ayat 3qul amat berkesan kerana sentiasa menjadi amalan oleh Nabi Muhammad SAW junjungan besar kita.

Moga mendapat pelindungan Ilahi selamat beramal.

Banyak kelebihan bila membaca suruh An Nas dah Al-Falaq ni..antaranya..

1. Menolak gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala kejahatan.

2. Di baca sebelum tidur 3 kali (3 Qul) dah di tiup ke tangan dan di sapukan ke seluruh badan kecuali kaki dan kemaluan akan terhindar dari segala perkara yang buruk

3. Di turunkan Surah ini kerana Rasulullah s.a.w memohon pada Allah ayat pelindung maka di kurniakan oleh Allah Surah ini.

4. Di baca pada air garam dan di sapu pada badan yang terkena sengatan binatang bisa.

5. Di baca 41 kali selama 3, 5 atau 7 hari berturut turut akan sembuh dari sihir dan santau dengan izin Allah.

6. Jika sesat terutama malam gelap gelita di baca/diulang membaca Surah ini akan di tunjukkan jalan oleh Allah.

Begitulah hebatnya ayat-ayat yang Allah swt turunkan kepada kita supaya kita dipeliharaNya dari gangguan jin,syaitan dan iblis yang senantiasa menyesat manusia. Supaya menjadi amalan kita sebagai hambaNya yang berserah bulat-bulat kepadaNya. Tiada daya upaya dan kekuatan hanya pertolongan dariNya.

3 QUL...DAN PETUA PERNAFASAN....
Caranya...

1.Angkat kedua-dua tangan seperti berdoa...dan
rapatkan antara dua tepi tapak tangan...

2.Dekatkan kedua-dua tapak tangan tadi ke bibir...

3.Baca Fatihah 1 x...

- pastikan nafas sampai ke kulit tapak tangan
semasa membacanya...

4.Baca salawat 3 x...

5.Baca Al Ikhlas 1 x...

6.Baca Al Falaq 1 x...

7.Baca An Naas 1 x...

8.Ludah syarat ke tapak tangan...iaitu asal
ludah...tak perlu benar-benar ada ludahnya...

9.Tutup muka dengan tapak tangan tadi...sambil
menutup mata...

10.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah...
Allah dalam hati seberapa banyak dengan syarat...

- Lebih perlahan nafas ditarik...lebih baik...

- Lebih lembut...lebih panjang masa menarik nafas
lebih baik...

- Lebih dalam nafas ditarik...lebih baik...

Perhatikan...semasa menarik nafas...perlahan-lahan
kempiskan perut...sambil perlahan-lahan kembangkan
dada...serta perlahan-lahan luruskan tulang bela-
kang...

11.Setelah nafas habis ditarik...tahan nafas...
sambil teruskan berzikir Allah...Allah seberapa ba-
nyak dalam hati...

12.Semasa mula menahan nafas itu...tapak tangan ta-
di...dari muka...perlahan-lahan sapu naik ke atas
kepala...

13.Kemudian turun ke belakang kepala...dengan tapak
tangan kanan menyapu bahagian kepala belakang daun
telinga kanan...

...dan tapak tangan kiri pula menyapu bahagian kep-
ala belakang daun telinga kiri...serentak...

14.Kemudian turun ke belakang leher ke dada kanan
dan dada kiri serentak...

15.Kemudian sapu ke mana saja bahagian badan yang
dapat dicapai ke dua-dua tapak tangan...

...hingga ke hujung jari kaki...iaitu tapak tangan
kanan berakhir di hujung jari kaki kanan...

...dan tapak tangan kiri berakhir di hujung jari
kaki kiri...secara serentak....

16.Genggam kedua-dua tapak tangan sambil perlahan-
lahan lepaskan nafas melalui hidung...

Semasa melepaskan nafas itu...teruskan berzikir
Allah...Allah seberapa banyak dalam hati...

Badan yang tadi lurus...perlahan-lahan lembut dan
bongkokkan...

Perhatikan...lebih perlahan...lebih lama...lebih se-
nyap nafas dilepaskan...lebih baik...

17.Setelah semua nafas habis dilepaskan...telan liur
dan...buka mata...

18.Ulang semula...angkat tangan seperti berdoa dan
dekatkan ke mulut...cuma kali ini cuma baca...

- Al Ikhlas 1 x...

- Al Falaq 1 x...

- An Naas 1 x...

Tutup muka...dan tarik nafas seperti tadi hingga ke-
nombor 17...

19.Dan ulang semula seperti nombor 18...

20.Perhatikan...semasa proses menyapu dari muka...
hinggalah ke hujung jari-jari kaki...sebaiknya ta-
pak tangan tak terangkat daripada badan...

Maka anda telah membaca Fatihah 1 x...Salawat 3 x...
Al Ikhlas 3 x...Al Falaq 3 x...dan An Naas 3x...

Amalan ini sekurang-kurangnya di amal sekali setiap
malam...atau lebih baik kalau dapat ditambah pagi
petang...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Info Guru Pakar Perubatan Islam

Khasiat Buah letup kelambu( Percuma Rahsia)